Dalam senyap ku berfikir

Nyarie duk umah whole day...tadi ketika membaca suratkhabar banyak sangat isu2 yang diketengahkan, terutama sekali isu remaja yang sudah terlanjur. Sedih membacanya kadang diri ini rasa bersalah juga tak dapat membantu masyarakat. Haiz aper nak jadi dengan dunia. Kadang diri ini terasa juga dengan kata-kata yang tertulis di muka surat khabar, rasa berdosa, bukan-bukan aku pernah bergitu juga tapi dapat ku rasakan bertapa lemahnye seorang insan yang jahil. Terlalu banyak perkara yang membuatkan remaja terjerumus dalam maksiat tersebut. DUnia yang semangkin liberal, semangkin bersahaja. DUnia persinggahan buat sementara.



Hari ini awal ku online...semenjak 845 malam sehingga kini...ku menuggu seseorang untuk hadir..lama juga tunggu akhirnya muncul jua. Syukur terubat rindu dihati seketika. Aku tahu aku tak sepatutnya beginie, dia bukan milikku namun kenapa ku rasa teramatdekat dengannya, siang malam dia sahaja yang ku fikirkan hingga terbawa2 ke alam mimpiku. Ingin bilang sahaja ku jatuh hati kepadanya akan tetapi rasanya dia akan menolak jadi tak usahlah beritahu....nasihat yang pernah ku dapat dari seseorang "never a girl make the first move"...hmmm terfikir...namun aku baru sahaja mengenalinya, mungkin sahaja 'infactuation', berapa lama harus begini?entah tidak ku tahu. Namun senang sekali bertemu orang sepertinya, boleh dikatakan 'my type' juga, tetapi masih terlalu awal.



Si dia yang lagi satu juga muncul hari ini, dah lama tak ku dengar suaranya ditelefon, banyak yang dia fikirkan namun tidak dikongsi bersama jadi tak mampuku menolong. lebih kurang kalau diberitahu boleh sahaja aku beri pandangan lebih kurang kongsi 'opinion' aku atas hal itu. Namun susah untuk mendapat jawapan darinya. Keliru tapi kalau kamu tak katakan bagaimana harus ku membantu. Atau sudah hilang 'trust' kamu padaku sebagai seorang sahabat?



Esok harus ke sekolah rasa malas begitu tapi tanggungjawab tetap harus dilakukan. Akan bertemu dengan comm baruku. Gembira apat bertemu teman2 rindu sekali dgn mereka.



Aku rindu dirimu, aku rindu kamu, adakah kamu tahu? kalau kamu tak merindu sepertiku beritahuku agar terus tidak terluka di akhir perjalanan........ selamat malam....

Comments

Popular Posts