This i have to share

Nasihat No.11: Petua 3 Tiang Bertunang

(taken of another website, click on title for link)

“Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang,” kata Ramli Sarip. Begitu jugalah halnya dengan pertunangan.

Usah tunang lama-lama sangat.

Tapi ini bukan soal dia tu diambil orang. Tetapi takut-takut, dia tu diambil sebagai “isteri” oleh si bakal suami walaupun belum lagi sah jadi isteri.

Apa halnya ni?

Begini....

Waktu pertunangan inilah waktu yang paling mencabar sebelum nikah.

Macam-macam perkara boleh berlaku semasa menunggu hari pernikahan.

Kalau setahun dua, maka setahun jugalah juga member kita tu duduk menanguk.

Nak kata isteri belum sah lagi, nak kata belum ada ikatan, cincin dah diberi.

Syaiton pun bukan main lagi. Naik tocanglah dia menari-nari…Nak kena jaga-jaga ni...

Takut bila iman lembik, nafsu pulak yang naik!

Apa yang harus diperhatikan oleh semua yang terlibat dalam hal tunang-tunang ni?

Amalkan Petua 3 Tiang Bertunang.

Apa dia?

Ulang lagi?

Petua 3 Tiang Bertunang…

Tiang 1: Bertunang jangan panjang. Paling lama 6 bulan. Kalau nak lanjutkan pun, setahunlah. Kalau lebih, takut-takut, maksiat pun lebih.

Tiang 2: Bertunang mesti berpantang. Maknanya, mestilah ada batas hijab di antara Cik Abang dengan Cik Adik kita tu. Kalau tidak, pasti ada pihak ketiga yang bisik-bisik buat awak-awak tu syiok sangat kat awek-awek. Jangan cari pasal beb.

Tiang 3: Bertunang biar bertenang. Tak lari gunung dikejar. Usah asyik nak tengok, nak call aje. Lagi tambah risau, resah gelisah nanti! Untuk bertahan, puasalah. Kalau panas, mandilah.

Pokoknya, berhati-hatilah bila bertunang.

Jangan tunggu lama-lama. Pasakkan 3 Tiang bila Bertunang – iaitu jangan panjang, mesti pantang, biarlah bertenang. InsyaAllah menang!

--------#--------


p/s:kalau macam i masih belajar tak habis2, calon belum jumpa, kerja pun tak ada,jangan mimpi nak tunang lah =p good article just wanted to share =D

Comments

Popular Posts