emotinally down

WHat's with this blogger, i lost my html code to the previous layout which i love sooooooooo x 10 to power of eternity much, i mean i edit it from scratch lor, the colour combie was the best and now have to re-do everything again, at mean time this piece was the latest one i have soo guys live with it for a while. What a way to end my day.



~perjalanan kupu-kupu~



sayap kupu-kupu mengembang terbang tinggi, kupu-kupu terlihat si dia, hati kupu-kupu berbisik "alahai gembiranya dia ada disini hari ini", maka cerialah wajah kupu-kupu lalu terus berterbangan disekeliling dia.



DIa tidak mengambil endah langsung kupu-kupu yang sedang berterbangan di tangannya itu, walaupun indah kupu-kupu itu.



kupu-kupu juga mempunyai emosi dan perasaan, hari ini perjalanan kupu-kupu berlainan sedikit, setelah yang tersirat di hati di suarakan oleh kupu-kupu. Kupu-kupu tahu beberapa perkara tidak akan lagi sama, pandangan mata kupu-kupu pada dia berubah, setiap gerak geri dan langkahnya akan kupu-kupu perhatikan. Senang sekali kupu-kupu cembura apabila kupu-kupu lain bermanja dengannya.



Aaargghhh...cemburu...mengapa? bisik kupu-kupu, namun cemburu kupu-kupu kali ini teramat pedih, entah mengapa, kenapakah kupu-kupu berperasaan begitu, kalau diteruskan begini, mungkin sahaja dia akan membunuh kupu-kupu.



Kupu-kupu sayang padanya, kupu-kupu rindu pada dirinya, kupu-kupu ingin sangat untuk bersamanya, menjaganya, memanjakannya, hidup dengannya tentu berbeza. Namun kali ini kupu-kupu cepat cemburu, mengapa? kupu-kupu masih mencari.....Kesilapan silau masih menghantui kupu-kupu namun perjalanan hidup di hadapan tidak mampu kupu-kupu ceriakan lagi. Telah lama kupu-kupu begini lebih banyak bersedih dari bergembira.



kekosongan, kupu-kupu merasakan kekosongan dalam dirinya, namun apakah sebenarnya yang mampu mengisi kekosongan itu, tidak juga kupu-kupu tahu akan jawapannya.



walaupun telah kupu-kupu kata bahawa kupu-kupu akan tetap sama dengan dia namun, kupu-kupu telahpun mengambil langkah untuk memberitahunya maka kupu-kupu haruslah menghadapi kenyataan yang akan dihadapi,.....



~we always want to be with the one we love but never treasure the ones that loves us~

~missing Him~



[morale: down, self-esteem: low]

Comments

Popular Posts