Mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarhamha Naini Jamil.



cyBerita: Lelaman Internet Berita Harian Singapura.



Singapura



Pelajar poly terbunuh dalam nahas



By Nazri Hadi Saparin



KEGHAIRAHAN seorang pelajar politeknik menyambut Aidilfitri dengan pakaian serba baru tidak kesampaian apabila beliau terkorban dalam perjalanan ke bazar Geylang Serai kelmarin.



Allahyarhamha Naini Jamil, 19 tahun, seorang pelajar kursus Kejuruteraan Mekanikal dan Mekatronik Politeknik Singapura (SP), sedang membonceng motosikal temannya apabila kenderaan itu berlanggar dengan sebuah teksi di Boon Keng Road.



Temannya, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun, hanya cedera ringan di kedua-dua belah tangan dan buku lalinya.



Ibu Allahyarhamha, Cik Hamidah Surnan, 49 tahun, ketika ditemui di flatnya di Jurong West Street 52 semalam, berkata anaknya itu baru tamat peperiksaan tahun keduanya dan bakal memulakan program kerja sambil belajar hari ini.



Menurut Cik Hamidah, anak bongsu tiga beradik itu menelefon rumah untuk memberitahu rancangannya berbuka dan berbelanja di Geylang Serai bersama teman-teman dan sepupunya.



'Kami sekeluarga kenal temannya itu... Mereka berdua naik motosikal sementara sepupu Naini dan temannya yang lain naik MRT. Yang lain sampai ke Geylang cuma Naini sahaja,' kata Cik Hamidah dengan nada pilu.



Mengesahkan kejadian itu, polis berkata seorang pemandu teksi berusia 60-an tahun dan penunggang motosikal itu sedang membantu siasatan.



Polis menambah, pemandu teksi itu sedang memandu di Kallang Bahru menuju ke arah Macpherson apabila ia bertembung dengan sebuah motosikal yang membelok ke arah Boon Keng Road.



Kejadian itu berlaku sekitar 2.40 petang.



Allahyarhamha, yang dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng, diisytiharkan meninggal dunia sekitar 9.30 malam pada hari yang sama.



Allahyarhamha dikatakan mengalami keceraan teruk di kepala.



Sesiapa yang menyaksikan kemalangan itu diminta menghubungi Polis Trafik di talian 1800-5471-818.

Comments

Popular Posts