Fish & Co bentuk cabang halal, cawangan pertama di Tampines One

DAPAT SIJIL HALAL: Pengarah Urusan Fish & Co Restaurants, Encik Ricky Chew, berkata cabang halal Fish & Co, F.I.S.H., dibuka kerana mendapat pertanyaan "hampir setiap hari" oleh pelanggan Islam yang ingin menjamu tanpa was was. -- Foto JOHARI RAHMAT
Mudah cetak
E-mel

6 Ogos 2009

EKONIAGA

Penuhi permintaan masyarakat Islam

Fish & Co bentuk cabang halal, cawangan pertama di Tampines One

Oleh
Norhaiza Hashim

SYARIKAT yang terkenal dengan juadah ikannya, Fish & Co Group, membentuk satu cabang halal dipanggil F.I.S.H. bagi memenuhi permintaan masyarakat Islam.

F.I.S.H., yang mendapat sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 8 Julai lalu, membuka cawangannya yang pertama di tingkat empat pusat membeli-belah yang baru, Tampines One.

Berbeza daripada restoran Fish & Co, yang menjual pelbagai juadah ikan dan makanan laut, F.I.S.H. menyajikan gabungan makanan ikan, makanan laut, ayam, daging lembu dan kambing yang mempunyai pengaruh Barat dan Asia.

Kesemua menu makanan di F.I.S.H. berbeza daripada juadah yang terdapat di Fish & Co.

'Hampir setiap minggu kami mendapat pertanyaan daripada pelanggan Islam yang menanyakan bila restoran kami akan menjadi halal.

'Kami sedar pelanggan Islam merupakan segmen pelanggan yang penting. Mereka mempunyai kuasa membeli yang semakin tinggi dan tidak boleh diabaikan.

'Justeru, kami memperkenalkan konsep baru F.I.S.H. yang halal,' ujar Pengarah Urusan Fish & Co Restaurants, Encik Ricky Chew.

Selain di Tampines One, Encik Chew bakal membuka sebuah lagi cawangan F.I.S.H. di sebuah lagi pusat membeli-belah baru, 313@Somerset, November ini.

Ditanya sebab kumpulan itu tidak menjadikan Fish & Co restoran halal secara menyeluruh, Encik Chew berkata ia adalah kerana minuman keras dijual di dua daripada cawangan Fish & Co iaitu di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan Parkmall.

Namun, Encik Chew berharap akan mendapat sijil halal bagi kesemua rangkaian restoran Fish & Co di sini akhir tahun ini.

'Kami sedang berbincang dengan Muis sejak beberapa bulan lalu untuk meneroka cara menjadikan Fish & Co sebuah restoran halal,' ujarnya.

Dibentuk oleh Encik Chew dan Pengarah Kanan, Encik Lambert Yeo, pada 1998, Fish & Co kini mempunyai 16 cawangan di Singapura, empat di Malaysia, dua di Dubai, enam di Indonesia dan lima di Filipina.

Selain dua cawangan di Kuala Lumpur, yang dimiliki sendiri oleh kumpulan itu, cawangan- cawangannya lain di luar negara merupakan cawangan francais.

Selain Fish & Co, kumpulan itu memiliki restoran berjenama yang lain seperti Giraffe, thesimplelife dan Chaozhou Inn di Singapura.

Dengan pembukaan F.I.S.H., beliau berharap penjualan kumpulan akan meningkat sebanyak 20 peratus.

F.I.S.H. menjual pelbagai juadah seperti Ikan Mediterranean Goreng, Salmon Bakar dengan Krim Balsamic, Ayam Mozambique Panggang dan Cumi-cumi peri-peri.

Pelanggan juga berpeluang menikmati bufet salad meliputi salad cendawan shitake & enoki, salad betik rangup, salad salmon dan salad timun Jepun.

Taken from Cyberita Online.

Comments

  1. Are u thinking what I am thinking? hehehee.

    ReplyDelete
  2. hehe ok set bila mahu pergi?

    ReplyDelete
  3. Ntah.. before or after Ramadhan also can! Oh,msg the rest too!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts