Fairmont Singapore has a Halal 5 star cafe!

We were lucky to get a chance to stay here last year and alhamdulillah, now they have a fully halal certified kitchen and cafe. Time to go check out the food and service.

Abstract from Berita Harian, 2 Nov 2010.

_____________________________________________

SINGAPURA

Sijil halal untuk kafe di hotel lima bintang

Oleh
Linilidia Abdul Hamid

MASYARAKAT Islam di Singapura kini mempunyai satu lagi pilihan untuk menikmati makanan halal dalam sekitaran hotel lima bintang.

Ini kerana, Plaza Market Cafe, yang sudah ditukar namanya menjadi Asian Market Cafe di hotel Fairmont Singapore, di Raffles City, kini menyediakan hidangan 100 peratus halal.

Dalam ucapan di majlis perasmian penerimaan sijil halal di kafe itu, pengurus Hotel Fairmont Singapore, Encik Carlos Monterde, berkata pihaknya sudah melihat potensi menyediakan hidangan halal sejak tahun lalu.

Encik Monterde berkata mereka mendapati tidak banyak hotel bertaraf lima bintang yang menyediakan makanan halal atau khidmat menyeluruh bagi keperluan masyarakat Islam di Singapura.

'Ini berbanding dengan bertambahnya jumlah pengunjung ke sini dari negara-negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam,' ujar Encik Monterde.

Beliau menukil statitistik Lembaga Pelancongan Singapura (STB) bulan lalu yang menunjukkan jumlah pengunjung dari Malaysia dan Indonesia membentuk dua pasaran pengunjung tertinggi manakala jumlah pengunjung dari negara-negara Timur Tengah juga semakin bertambah.

Selain daripada menyediakan makanan halal di kafe itu, Fairmont Singapore juga menyediakan menu makanan halal kepada mereka yang menginap di hotel tersebut.

'Kami juga akan menyediakan arah kiblat, sejadah dan naskhah Al-Quran di bilik-bilik kami,' ujarnya lagi.

Encik Monterde menambah, Pusat Konvensyen Raffles City juga akan mempunyai dapur bankuet khusus bagi menyediakan hidangan halal dan ia akan diselia seorang ketua tukang masak Muslim.

Semua itu, kata Encik Monterde, adalah bagi memenuhi keperluan pasaran pengunjung Islam yang semakin berkembang.

Menerangkan mengenai hidangan yang disajikan di kafe itu, Pengarah Makanan dan Minuman Fairmont Singapore, Encik Burhan Culculoglu, berkata ia menyediakan lebih 100 jenis hidangan dari rantau Asia dan hidangan antarabangsa dan menunya ditukar setiap hari.

Encik Culculoglu berkata proses mendapatkan sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengambil masa enam bulan dan mereka mendapat sijil itu sekitar dua minggu lalu.

Comments

Popular Posts